CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 13, 2008

sastera rakyat

Hari ini saya cuba membuat laporan yang diminta oleh pensyarah saya. Laporan ini mengenai cerita rakyat. Saya mengambil cerita hantu sebagai kajian saya. Kajian yang saya lakukan ketika berada dikampung halaman saya. Saya berpeluang berjumpa dengan seorang bomoh yang di gelar sebagai penghalau hantu. Kisah-kisah hantu yang diceritakan kepada saya amat menyeramkan tapi saya kuatkan semangat untuk meneruskan kajian saya terhadap cerita hantu. Saya berjumpa dengannya pada waktu malam pada bulan ramadhan. Seronok berbual dengannya. Banyak pengalamannya sebagai bomoh yang telah diceritakan kepada saya. Walaupun cerita itu sukar untuk saya percayai tetapi apabila mendengarnya saya rasa ia betul-betul berlaku setelah melihat kesungguhannya bercerita. Namun saya jadikan pengalaman yang indah dan tidak saya lupakan kerana mendengar dan mengkaji cerita hantu ini amat menarik minat saya.

1 comments:

AzYu said...

salam...awak tulis mengenai cerita hantu ek...hehehe muatkan dalam ruangan ini agar sya dapat mengetahui tentang dunia hantu ini...apa input yg awk dapat apabila bertemu dengan bomoh tersebut...paparkan dalam blog ini..