CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 30, 2008

Exam Menjelma Lagi


Exam bakal menjelma tidak lama lagi. Sudahkah kita bersedia?. Saya berharap agar exam kali memberi kejayaan kepada kita semua. Semoga kita semua berjaya menjawab exam dengan jayanya. Amin.

TAK SEINDAH WAJAH

Saya sukai lagu-lagu yang dibawa oleh Dato S.M Salim..Ayat-ayat yang digunakannya menyentuh sanubari pendengarnya..Jom kawan-kawan kita mendengar lagu-lagu lama agar tidak tenggelam dek arus kemodenan sekarang ini.

Thursday, October 23, 2008

kenangan bersama



seronok mengingati kenangan bersama dengan teman-teman semasa dekat perak. Satu memori yang tak dapat saya lupakan. Perak kaya dengan sejarahnya tapi tidak kurangnya negeri tempat lahir saya, Cik Siti Wan Kembang banyak juga tempat sejarah. Betapa saya bangga dengan Malaysia. Banyak kenangan bersama teman-teman saya rakam kn disana sebagai kenangan untuk selama-lamanya..

Monday, October 20, 2008

Hari Kecemerlangan Pengajian Melayu


Seronok mengimbau kenangan di hari kecemerlangan pengajian melayu. Pelbagai gelagat teman-teman dapat di saksikan. Seronok melihat gelagat mereka beraksi. penuh dengan gaya dan aksi yang menarik perhatian orang ramai. Hasil kerjasama teman-teman persejuangan mampu menjadikan program hari kecemerlangan pengajian melayu berjaya dan berakhir dengan suatu kenangan yang indah..

Sunday, October 19, 2008

Hadiah Dari Teman


Semalam saya amat teruja mendapat sekuntum bunga yang amat saya sukai dari seorang teman yang berada jauh dari saya. Namun ingatan terhadapnya tidak pudar walaupun berada jauh. Biar pun kiriman sekuntum bunga ini melalui emeil namun saya menghargainya atas ingatannya terhadap saya. Semoga dirimu sentiasa dirahmati oleh Nya.

Monday, October 13, 2008

penat

Hari saya betul-betul penat dengan tugasan yang bertimbun-timbun. Bila la ia akan berakhir namun saya tahu itu lah tugas saya sebagai seorang pelajar. Kuatkan semangat dan terus berjuang itu lah pegangan saya. Semoga kepenatan yang saya alami sekarang ini akan memberikan kejayaan pada masa depan. Doa Mak dan Abah menjadi sumber kekuatan untuk terus berjuang. Penat berusaha akan membawa kepada kejayaan.

sastera rakyat

Hari ini saya cuba membuat laporan yang diminta oleh pensyarah saya. Laporan ini mengenai cerita rakyat. Saya mengambil cerita hantu sebagai kajian saya. Kajian yang saya lakukan ketika berada dikampung halaman saya. Saya berpeluang berjumpa dengan seorang bomoh yang di gelar sebagai penghalau hantu. Kisah-kisah hantu yang diceritakan kepada saya amat menyeramkan tapi saya kuatkan semangat untuk meneruskan kajian saya terhadap cerita hantu. Saya berjumpa dengannya pada waktu malam pada bulan ramadhan. Seronok berbual dengannya. Banyak pengalamannya sebagai bomoh yang telah diceritakan kepada saya. Walaupun cerita itu sukar untuk saya percayai tetapi apabila mendengarnya saya rasa ia betul-betul berlaku setelah melihat kesungguhannya bercerita. Namun saya jadikan pengalaman yang indah dan tidak saya lupakan kerana mendengar dan mengkaji cerita hantu ini amat menarik minat saya.

Sunday, October 12, 2008

masa semakin hampir

Cepatnya jam berputar, sehinggakan saya bagaikan tidak percaya yang sem ni bakal berakhir lagi. Masa hampir tiba dengan final exam yang amat digeruni. Sekarang masanya telah tiba untuk mengulangkaji setiap pelajaran. Setiap detik jam ini amat bermakna dalam kehidupan saya. semoga ia berakhir dengan kejayaan. Amin...

Thursday, October 9, 2008

hujan

Hari ini hujan jatuh ke bumi lagi...suasana yang sejuk dan dingin dapat saya rasakan. Hujan yang turun merupakan rahmat dari Allah kepada kita. Ia membasahi bumi yang dahagakan air, menyirami pokok-pokok yang menghijau serta membasahkan seluruh alam.

Monday, October 6, 2008

Kasih Abah

Abah saya seorang abah yang tekun dalam melakukan pekerjaannya. Tidak mengira panas atau hujan abah tetap menjalankan tanggungjawabnya tanpa mengeluh untuk membesarkan kami sekeluarga. Kasih abah membuatkan hidup kami bahagia dengan kasih sayang yang tak ternilai. Saat yang paling indah ialah melihat senyuman bangga abah terhadap anak-anaknya atas kejayaan yang dimiliki. Sesungguhnya pergorbanan abah dan mak amat saya hargai sampai ke akhir hayat.

Saturday, October 4, 2008

kembali


Hari ini saya kembali semula setelah 2 minggu bercuti di kampung halaman. Rasa tidak puas lagi bersama keluarga namun apakah daya saya tuntutan ilmu memanggil saya untuk terus berjuang mendapatkan kejayaan.

Teh Hijau


Kehijauan alam semulajadi banyak memberi inspirasi buat ku...
tengok lah sebuah ladang teh yang menghijau dengan suburnya.
Tanpa kita ketahui teh hijau banyak memberi manfaat kepada kita dan juga memberi ketenangan dengan kehijauan yang semulajadi.