CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 3, 2009

sem baru

sem baru telah bermula..azam baru aku nak gandakan usaha untuk mencapai kejayaanku..harap aku mampu laku.amin..

Wednesday, November 19, 2008

lambaian kampung halaman



Inilah rumahku syurgaku...ah tidak sabar lagi untuk aku menjejak kaki ke rumah..akhirnya penantian dan kerinduan mak, abah dan adik-adik terhadap akan berakhir dengan kepulangan ku nanti..Indah kehidupan di desa yang permai dan nyaman..Lambaian kampung halaman semakin terasa..

Tuesday, November 18, 2008

Akhirnya..

Akhirnya berakhir juga exam kali ni, Alhamdulilah syukur saya berjaya menghabiskan final exam ni dengan selamat..Sekarang saya hanya berserah apa jua keputusan yang akan saya terima nanti.. Hari ini juga berakhirnya pengajian untuk semesta ini...ini bermakna cuti sem akan bermula..ahh tidak sabar rasanya untuk pulang ke kampung berjumpa dengan keluarga yang dirindui...Wahai teman-temanku jumpa lagi sem depan.. semoga kita semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Insyallah..

Saturday, November 15, 2008

Saat Indah bersamamu..


Saat indah bersamamu wahai temanku tersayang amat lah bermakna buatku...Sesungguhnya dikau hadir dalam hidupku sebagai tempatku mencurah rasa hati, melepaskan rindu terhadap keluarga, tempatku bergembira..Dikau menjadikan aku insan yang istimewa dengan layanan kasih sayang yang dikau curahkan...Terasa diri ini disayangi dan amat lah terharu atas apa yang dikau curahkan terhadapku..Wahai temanku..Aku amat menyayangi dirimu dan akan aku ingati dikau sehingga akhir hayatku.. Pertemuan denganmu teramat indah dalam hidupku.. Semoga persahabatan kita akan berkekalan sampai keakhirnya..Amin.

Thursday, October 30, 2008

Exam Menjelma Lagi


Exam bakal menjelma tidak lama lagi. Sudahkah kita bersedia?. Saya berharap agar exam kali memberi kejayaan kepada kita semua. Semoga kita semua berjaya menjawab exam dengan jayanya. Amin.

TAK SEINDAH WAJAH

Saya sukai lagu-lagu yang dibawa oleh Dato S.M Salim..Ayat-ayat yang digunakannya menyentuh sanubari pendengarnya..Jom kawan-kawan kita mendengar lagu-lagu lama agar tidak tenggelam dek arus kemodenan sekarang ini.

Thursday, October 23, 2008

kenangan bersama



seronok mengingati kenangan bersama dengan teman-teman semasa dekat perak. Satu memori yang tak dapat saya lupakan. Perak kaya dengan sejarahnya tapi tidak kurangnya negeri tempat lahir saya, Cik Siti Wan Kembang banyak juga tempat sejarah. Betapa saya bangga dengan Malaysia. Banyak kenangan bersama teman-teman saya rakam kn disana sebagai kenangan untuk selama-lamanya..